Salam

Thursday, 2 June 2011

PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT(AMALI) BERCERITA MENGGUNAKAN BIG BOOK


Nama Kelas : Prasekolah  Bestari SK  Kalok, Pusa, 
                          Betong
Bil Murid       : 25 orang
Tarikh           :   18 Mei  2011
Tunjang        : Komunikasi Bahasa Malaysia
Tema            : Haiwan
Subtema        :Haiwan Jinak
Fokus MI      : Kecerdasan Bahasa dan Linguistik
KB                : 1. Membanding dan membeza sifat dan  
                           sikap Arnab dan  Kura-kura
  2.Kecerdasan Interpersonal

Umur : 6 tahun
Masa : 0730 - 0830
Hasil Pembelajaran
((BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.
(BM 2.5.1)  Main peranan mengikut situasi dengan  menggunakan bahasa yang  sesuai
                   untuk menghidupkan watak dengan bimbingan.
(BM 3.8.3)  Membaca ayat-ayat dalam cerita  dengan   intonasi yang betul.
Objektif       : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat :
i.          Murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.
ii.              Murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah mendapat bimbingan guru.
iii.       Murid dapat membaca ayat-ayat dalam cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru.
Fokus Utama : ( BM 3.8.3)  Membaca ayat-ayat dalam cerita  dengan   intonasi yang betul.
Fokus Sampingan : (BM 2.5.1)  Main peranan mengikut situasi dengan  menggunakan bahasa
                                                         yang  sesuai   untuk menghidupkan watak dengan bimbingan.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah mendengar cerita tentang haiwan
Nilai : Baik hati, sabar,hormat-menghormati,jangan angkuh,jangan mementingkan diri sendiri


Langkah
&
 Masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan/Bahan

Set
Induksi
(5 minit)

Contoh soalan teka-teki.
Ada kaki tetapi pendek,
Kalau berjalan membawa kulit,
Kalau adik orang cerdik
Cuba teka siapa saya?

Ada telinga sejengkal panjang,
 Ada gigi laksana papan,
 Kalau berlari terlalu kencang,
 Lobak jadi makanan idaman.


1.     Guru mengemukakan soalan teka-teki dan murid cuba meneka untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
2.     Guru mengaitkan teka- teki tersebut dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan dipelajari pada hari itu.

Pembelajaran kontekstual:
Pengalaman harian murid

Kemahiran berfikir:
-menjana idea
-berfikir kritis

BBM:
 - Kad  teka-teki
 -Topeng

Langkah
1
(20 minit)

Bercerita
Tajuk Cerita : Arnab Dengan Kura-Kura

1.     Guru bercerita kisah Arnab dengan Kura-kura dengan menggunakan Big Book.
2.     Guru bersoaljawab  dengan murid mengenai isi cerita yang didengar.

Objektif
murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.
BBM: Big Book
Tatabahasa: Kosa kata
Pantas, angkuh
Pk: Kemahiran belajar

Langkah 2
(15 minit)

Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .
·         Nada yang tidak mendatar.
·         Intonasi yang betul.
·         Sebutan baku.
·         Berhenti di tempat yang ada koma dan noktah.

1.     Guru membimbing murid-murid membaca ayat-ayat di dalam cerita dengan intonasi yang betul secara kelas, kumpulan dan individu
2.     Guru membetulkan ejaan dan sebutan murid.

Objektif
 murid dapat membaca petikan  dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru.
Gabungjalin:
Kemahiran membaca
Tatabahasa: Kosa kata
BBM : Big Book
PK: Kemahiran belajar

Langkah
3
(15 minit)

Lakonan
Membanding dan membeza sifat dan sikap  arnab dan kura-kura.

               1. Guru membimbing murid        
               membanding dan   
              membeza sifat dan sikap  
              Arnab dan Kura-kura  
              secara simulasi dalam      
             kumpulan.

          2. Melakonkan watak Arnab 
           dan kura-kura.

Objektif
 murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah mendapat bimbingan
Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza
Gabungjalin: Sains
BBM : Topeng

Langkah     
     4
Penutup
(5 minit)

RUMUSAN PELAJARAN
1.     Kita janganlah bersikap angkuh.
2.     Kita mesti sentiasa bersabar.

       3.     Guru merumuskan isi   
              pelajaran dan 
              menerapkan nilai murni 
              yang terdapat dalam 
             cerita tersebut.
        4.   Guru bertanya kepada 
              murid tentang pengajaran 
              yang dapat diteladani oleh 
             murid dalam petikan.

Penyerapan Nilai Murni
-jangan angkuh
-jangan mementingkan  
  diri sendiri
-hormat-menghormati







Catatan Refleksi Guru :

Murid : Kanak-kanak berjaya menceritakan semula kisah yang telah
              diperdengarkan kepada mereka dan memberi pendapat masing-masing
             mengenai cerita itu.

Guru : Guru perlu menggalakkan lebih ramai lagi kanak-kanak untuk
            turut serta bagi meningkatkan perkembangan bahasa dan
            komunikasi mereka.


Catatan rakan :

Kelemahan



1. Kawalan kelas agak terganggu kerana murid bising semasa menjalankan
    aktiviti lakonan.


2. Aktivti membaca kurang mendapat perhatian murid kerana murid belum dapat
    menguasai kemahiran membaca dengan baik.




Kekuatan
1. Sesi pengajaran ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan
    kanak-kanak terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 


2. Murid dapat membuat perbandingan beza sifat Arnab dan Kura-kura.


3. Aktiviti lakonan sangat menyeronokkan murid-murid.


4. Bercerita dengan menggunakan Big Book berjaya menarik minat
    murid untuk belajar.




LAPORAN REFLEKSI
Kami telah memilih untuk membina Rancangan Pengajaran Harian 
berdasarkan Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan. Kami telah 
merancang aktiviti bahasa menggunakan kaedah bercerita untuk pengajaran 
 murid-murid prasekolah.

Antara perancangan yang kami lakukan adalah menyediakan langkah 

pengajaran seperti berikut;

SET INDUKSI
Untuk set induksi, guru telah menyediakan kad soalan teka-teki. 
Kad soalan tersebut akan guru tayangkan pada permulaan sesi pembelajaran. 
Objektif yang ingin guru perolehi nanti ialah murid-murid dapat menjawab 
soalan teka-teki yang guru kemukakan dengan meneka nama binatang yang 
dimaksudkan iaitu Arnab dan Kura-Kura. Kemudian guru akan memanggil 
murid untuk mengenakan topeng Arnab dan Kura-Kura. Kemudian sesi soaljawab 
akan dilakukan untuk menarik minat dan pengetahuan murid berkenaan tema yang 
akan guru ajar. Kemahiran yang akan guru uji dalam set induksi ialah kemahiran lisan.

LANGKAH 1
Dalam langkah pertama pula,gurui akan bercerita dengan menggunakan 
‘Big Book’ ’kisah Arnab dengan Kura-kura. Sebelum bercerita guru akan 
mengumpulkan murid-murid di hadapan kelas dan menyuruh mereka duduk 
dalam bulatan mengelilingi guru. Guru akan memulakan penceritaan dengan 
menggunakan ‘Big Book’. Semasa bercerita guru akan menggunakan 
gambar-gambar yang menarik daripada Big Book untuk menarik perhatian
 murid. Saiz gambar yang guru gunakan di dalam Big Book agak besar, ini 
adalah untuk membolehkan murid mendapat gambaran yang lebih jelas. 
Saiz tulisan yang guru gunakan di dalam Big Book adalah agak besar. 
Ini adalah untuk memudahkan murid-murid membaca ayat-ayat tersebut. 
Guru juga akan mengajukan soalan kepada murid semasa bercerita untuk 
menguji kefahaman mereka.Di samping itu mereka juga dapat menceritakan 
perkara yang didengar menggunakan ayat yang mudah untuk mencapai objektif 
pengajaran guru iaitu murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar 
dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.





Langkah 2


Langkah kedua Rancangan Pengajaran harian guru ialah membimbing murid-murid 
membaca ayat-ayat di dalam cerita dengan intonasi yang betul. Aktiviti bacaan ini 
guru mulakan dengan membimbing murid-murid membaca cerita di dalam Big Book 
dengan bimbingan guru. Semasa membaca beritahu murid-murid cara membaca dengan 
menggunakan intonasi yang betul dengan mendengar bacaan guru. Membaca ayat dengan 
sebutan dan intonasi yang betul melibatkan nada yang tidak mendatar, intonasi yang betul,
sebutan baku dan berhenti di tempat yang ada koma dan noktah. Kemudian guru menyuruh 
mereka membaca beramai-ramai, secara kumpulan dan seterusnya secara individu. Guru 
akan menyemak dan memerhatikan bacaan mereka. Objektif yang guru gariskan ialah murid 
dapat membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru. 
Setiap ayat dan suku kata yang terdapat dalam Big Book yang guru gunakan guru warnakan 
suku katanya dengan warna yang berlainan. Ini adalah sebagai panduan untuk memudahkan 
murid-murid membaca dan mengeja ayat-ayat di dalam cerita tersebut supaya lebih menarik.



Langkah 3

Pada langkah ketiga guru membimbing murid membanding dan membeza sifat dan 
sikap Arnab dan Kura-kura secara simulasi dalam kumpulan. Kaedah soal-jawab 
boleh digunakan semasa membanding beza sifat Arnab dan Kura-kura.Daripada 
soaljawab dan perbincangan suruh murid untuk menyebut banding beza sifat 
kedua-dua binatang tersebut kemudian ajak mereka untuk melakonkan sifat 
watak binatang yang terdapat di dalam cerita.Beri peluang kepada murid untuk 
melakonkan watak Arnab, Kura-kura dan Sang Kancil dengan bimbingan guru. 
Murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah mendapat bimbingan 
guru sepertimana objektif yang sudah guru rancangkan untuk dicapai oleh murid.


Langkah 4

Pada langkah penutup, guru akan bertanya kepada murid berkenaan isi cerita dan 
pembelajaran yang telah mereka perolehi pada hari ini. Kemudian, penerapan 
nilai-nilai murni juga guru terapkan supaya mereka meneladaninya kelak.




PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI BAHASA (BERCERITA)
Set Induksi






1 .Guru mengemukakan soalan teka-teki dan murid meneka untuk mendapatkan   

    jawapan  yang tepat.

video


Langkah 1

1. Guru bercerita kisah Arnab dengan Kura-kura dengan menggunakan Big Book.









Langkah 2
1.  Guru membimbing kanak-kanak membaca ayat-ayat didalam cerita dengan intonasi yang 
     betul secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Guru membetulkan ejaan dan sebutan murid





Langkah 3

1. Guru membimbing murid membanding dan membeza sifat Arnab dan Kura-kura melalui 
    aktiviti lakonan.



Bahan Bantu Mengajar

Big Book        


Topeng
Arnab, Kura-kura, Sang Kancil






Refleksi

Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izinNya kami 

dapat melaksanakan Pengajaran Amali (Bercerita) ini dengan jayanya. Pengalaman 
menyiapkan pengajaran amali ini amat bermakna dan bermanafat bagi kami.

Selain itu, melalui tugasan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang 
proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah terutama tentang bagaimana 
mengendalikan aktiviti bahasa. Kebanyakan guru prasekolah menghadapi masalah 
dalam merancang dan melaksanakan aktiviti bahasa, tetapi setelah melaksanakan 
tugasan ini ia banyak memberikan pengalaman yang sangat berguna kepada kami.
Secara langsung pengetahuan ini dapat membantu menambahkan pengalaman kami 
 sebagai seorang guru prasekolah yang boleh mengendalikan aktiviti bahasa yang 
bermakna dan menyeronokkan kanak-kanak.

Dalam menyiapkan tugasan ini, kami banyak mempelajari ilmu serta kemahiran-kemahiran 
baharu. Pengalaman menjalankan latihan amali ini banyak mengajar kami bagaimana 
berhadapan dengan kanak-kanak yang pelbgai ragam.

Akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan amali ini dengan jayanya. Kami amat 
berpuas hati atas gandingan hasil usaha kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami ingin 
mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja 
yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan kami ini.






Jadual Perlaksanaan Tugasan Kerja Kursus
NAMA PELAJAR
: MARENI BT SUHAILI             ( 830329-13-5094 )
  KHADIJAH BT AUT                ( 721125-13-5962 )
  REZAOMI BT REFF                ( 840822-13-5118 )
  FAUZANA FILZAH BT
  ABD ROPA                              ( 811024-13-5460 )
  RAHIMAH BT MALIKI              ( 811021-13-5078 )

KUMPULAN
: PPG USM (AMBILAN MAC 2011)
SEMESTER
: SATU
MATA PELAJARAN
: KPD 3016(PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN    PENAKSIRAN)
PENSYARAH PEMBIMBING
: DR.ABG HUD BIN HJ. ANG ENGKEH




TARIKH

PERKARA

TANDATANGAN
PENSYARAH

TANDATANGAN
GURU

CATATAN

07 Mei 2011
§ Menerima penerangan tentang kerja kursus yang telah diberi melalui laman googlegroup
§ perbincangan tentang soalan tugasan
§ pemilihan kumpulan

Dr Abg. Hud




Kelas
11
Mei
2011
§ menganalisis soalan
§ mencari maklumat di perpustakaan





Pusat Sumber & internet
12
Mei
2011
§ bekerjasama memproses maklumat
§ mencari maklumat tambahan





Perpus-
takaan awam
13
Mei
2011
§ mencari bahan dan mengadakan perbincangan.






Cyber
cafe
14
Mei
2011
§ berbincang tentang bahan-bahan yang dikumpul.









Cyber cafe

16
Mei
 2011


·         Memurnikan hasil tugasan







Cyber cafe

       18
      Mei
     2011

·         Menjalankan  sesi pengajaran



SK.Agama Sri Aman






Borang Rekod Kolaborasi Amali

Kumpulan :
 PGG USM
Ambilan Mac 2011

Mata Pelajaran : KPD 3016
Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran


Nama  Pelatih /
No. KP /No Matrik


1. Mareni Bt Suhaili

    PPG/30824/11

2. Khadijah Bt Aut

    PPG/30912/11

3. Rezaomi Bt Reff

    PPG/30913/11

4. Fauzana Filzah Bt Abd  
    Ropa

    PPG/30883/11

5. Rahimah Bt Maliki

    PPG/30848/11

Bil



Tarikh

Perkara yang dibincangkan



       Komen

Tandatangan Pensyarah / Pembimbing / Rakan Sekelas


1.


7
Mei
2011



· Menerima soalan tugasan

· Menubuhkan kumpulan.

· Berbincang dengan
  pensyarah tentang
  tugasan.

Dapat dijalankan dengan lancar


 2.

8
Mei
 2011


· Berbincang tentang tajuk
  soalan



Dapat dilakukan dengan teratur.
Timbul idea untuk menjalankan pengajaran amali








3.

14
Mei
 2011


· Berbincang tentang  
  pembahagian tugas.

Ahli kumpulan bersetuju membuat tugasan masing-masing.







     5.

15
Mei
 2011



· Mencari bahan dan
  mengadakan
  perbincangan di   

  Perpustakaan awam

· Berbincang serta
  mengemaskini hasil kerja
  yang belum selesai.

Mendapat sedikit maklumat.


      6.

18
Mei
 2011


· Memurnikan hasil
  tugasan

Dapat dijalankan lancar.

        
 






















































































































































BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

BAHAN RUJUKAN BUKU

  • Abd. Aziz Abd. Talib(1993).Menguji kemahiran Bahasa:Prinsip,Teknik dan Contoh :Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka 
  • Kamaruddin Hj. Husin(1996): Pedagogi Bahasa Perkaedahan:Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
  • Kamaruddin Hj.Husin (2006) Pedagogi Bahasa:Selangor Darul Ehsan:Siri Pendidikan  Longman
  • Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983) : Ilmu Pendidikan :Pedagogi Kuala Lumpur:Heinemann Asia

No comments:

Post a Comment