KPD3016 (PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN)
Salam
Tuesday, 20 December 2011
Monday, 19 December 2011
Sunday, 18 December 2011
Monday, 20 June 2011
CARTA ORGANISASI
http://assambetong.blogspot.com
PENGERUSI
PN. KHADIJAH BT AUT |
SETIAUSAHA
PN. FAUZANA FILZAH ABDUL ROPA |
AJK PELAKSANAAN
PN. REZAOMI REFF |
AJK PENYEDIAAN BAHAN
PN. MARENI HJ SUHAILI |
AJK PENILAIAN
PN. RAHIMAH MALIKI |
SKOP BIDANG TUGAS
PENGERUSI
1. Memantau perjalanan projek
2. Mengetuai ahli kumpulan dalam setiap aktiviti
3. Memberi cadangan dan tugas bermakna
SETIAUSAHA
1. Mencatat semua ahli perbincangan antara ahli kumpulan
2. Membuat laporan tentang hasil perbincangan
3. Memuat naik blogspot
AJK PELAKSANAAN
1. Melaksanakan projek yang telah dirancang
2. Menjalankan p&p di sekolah
AJK PENYEDIAAN BAHAN
1. Menyediakan bahan-bahan untuk melaksanakan projek blogspot.
2. Menyediakan ABM untuk aktiviti p&p
AJK PENILAIAN
1. Menilai secara keseluruhan hasil projek yang telah dibincangkan.
2. Mengubahsuai projek untuk penambahbaikan.
Monday, 6 June 2011
Thursday, 2 June 2011
PERSEDIAAN MENGAJAR SLOT(AMALI) BERCERITA MENGGUNAKAN BIG BOOK
Nama Kelas : Prasekolah Bestari SK Kalok, Pusa, Betong Bil Murid : 25 orang Tarikh : 18 Mei 2011 Tunjang : Komunikasi Bahasa Malaysia Tema : Haiwan Subtema :Haiwan Jinak Fokus MI : Kecerdasan Bahasa dan Linguistik KB : 1. Membanding dan membeza sifat dan sikap Arnab dan Kura-kura 2.Kecerdasan Interpersonal | Umur : 6 tahun Masa : 0730 - 0830 |
Hasil Pembelajaran ((BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah. (BM 2.5.1) Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan. (BM 3.8.3) Membaca ayat-ayat dalam cerita dengan intonasi yang betul. | |
Objektif : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat : i. Murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. ii. Murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah mendapat bimbingan guru. iii. Murid dapat membaca ayat-ayat dalam cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru. | |
Fokus Utama : ( BM 3.8.3) Membaca ayat-ayat dalam cerita dengan intonasi yang betul. | |
Fokus Sampingan : (BM 2.5.1) Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan. | |
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah mendengar cerita tentang haiwan | |
Nilai : Baik hati, sabar,hormat-menghormati,jangan angkuh,jangan mementingkan diri sendiri |
Langkah & Masa | Isi pelajaran | Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran | Catatan/Bahan |
Set Induksi (5 minit) | Contoh soalan teka-teki. Ada kaki tetapi pendek, Kalau berjalan membawa kulit, Kalau adik orang cerdik Cuba teka siapa saya? Ada telinga sejengkal panjang, Ada gigi laksana papan, Kalau berlari terlalu kencang, Lobak jadi makanan idaman. | 1. Guru mengemukakan soalan teka-teki dan murid cuba meneka untuk mendapatkan jawapan yang tepat. 2. Guru mengaitkan teka- teki tersebut dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan dipelajari pada hari itu. | Pembelajaran kontekstual: Pengalaman harian murid Kemahiran berfikir: -menjana idea -berfikir kritis BBM: - Kad teka-teki -Topeng |
Langkah 1 (20 minit) | Bercerita Tajuk Cerita : Arnab Dengan Kura-Kura | 1. Guru bercerita kisah Arnab dengan Kura-kura dengan menggunakan Big Book. 2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai isi cerita yang didengar. | Objektif murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. BBM: Big Book Tatabahasa: Kosa kata Pantas, angkuh Pk: Kemahiran belajar |
Langkah 2 (15 minit) | Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul . · Nada yang tidak mendatar. · Intonasi yang betul. · Sebutan baku. · Berhenti di tempat yang ada koma dan noktah. | 1. Guru membimbing murid-murid membaca ayat-ayat di dalam cerita dengan intonasi yang betul secara kelas, kumpulan dan individu 2. Guru membetulkan ejaan dan sebutan murid. | Objektif murid dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru. Gabungjalin: Kemahiran membaca Tatabahasa: Kosa kata BBM : Big Book PK: Kemahiran belajar |
Langkah 3 (15 minit) | Lakonan Membanding dan membeza sifat dan sikap arnab dan kura-kura. | 1. Guru membimbing murid membanding dan membeza sifat dan sikap Arnab dan Kura-kura secara simulasi dalam kumpulan. 2. Melakonkan watak Arnab dan kura-kura. | Objektif murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah mendapat bimbingan Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza Gabungjalin: Sains BBM : Topeng |
Langkah 4 Penutup (5 minit) | RUMUSAN PELAJARAN 1. Kita janganlah bersikap angkuh. 2. Kita mesti sentiasa bersabar. | 3. Guru merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. 4. Guru bertanya kepada murid tentang pengajaran yang dapat diteladani oleh murid dalam petikan. | Penyerapan Nilai Murni -jangan angkuh -jangan mementingkan diri sendiri -hormat-menghormati |
Catatan Refleksi Guru :
Murid : Kanak-kanak berjaya menceritakan semula kisah yang telah
diperdengarkan kepada mereka dan memberi pendapat masing-masing
mengenai cerita itu.
Guru : Guru perlu menggalakkan lebih ramai lagi kanak-kanak untuk
turut serta bagi meningkatkan perkembangan bahasa dan
komunikasi mereka.
Catatan rakan :
Kelemahan
1. Kawalan kelas agak terganggu kerana murid bising semasa menjalankan
aktiviti lakonan.
2. Aktivti membaca kurang mendapat perhatian murid kerana murid belum dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Kekuatan
1. Sesi pengajaran ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan
kanak-kanak terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
2. Murid dapat membuat perbandingan beza sifat Arnab dan Kura-kura.
3. Aktiviti lakonan sangat menyeronokkan murid-murid.
4. Bercerita dengan menggunakan Big Book berjaya menarik minat
murid untuk belajar.
LAPORAN REFLEKSI
Kami telah memilih untuk membina Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan. Kami telah
merancang aktiviti bahasa menggunakan kaedah bercerita untuk pengajaran
murid-murid prasekolah.
Antara perancangan yang kami lakukan adalah menyediakan langkah
pengajaran seperti berikut;
SET INDUKSI
Untuk set induksi, guru telah menyediakan kad soalan teka-teki. Kad soalan tersebut akan guru tayangkan pada permulaan sesi pembelajaran.
Objektif yang ingin guru perolehi nanti ialah murid-murid dapat menjawab
soalan teka-teki yang guru kemukakan dengan meneka nama binatang yang
dimaksudkan iaitu Arnab dan Kura-Kura. Kemudian guru akan memanggil
murid untuk mengenakan topeng Arnab dan Kura-Kura. Kemudian sesi soaljawab
akan dilakukan untuk menarik minat dan pengetahuan murid berkenaan tema yang
akan guru ajar. Kemahiran yang akan guru uji dalam set induksi ialah kemahiran lisan.
LANGKAH 1
Dalam langkah pertama pula,gurui akan bercerita dengan menggunakan
‘Big Book’ ’kisah Arnab dengan Kura-kura. Sebelum bercerita guru akan
mengumpulkan murid-murid di hadapan kelas dan menyuruh mereka duduk
dalam bulatan mengelilingi guru. Guru akan memulakan penceritaan dengan
menggunakan ‘Big Book’. Semasa bercerita guru akan menggunakan
gambar-gambar yang menarik daripada Big Book untuk menarik perhatian
murid. Saiz gambar yang guru gunakan di dalam Big Book agak besar, ini
adalah untuk membolehkan murid mendapat gambaran yang lebih jelas.
Saiz tulisan yang guru gunakan di dalam Big Book adalah agak besar.
Ini adalah untuk memudahkan murid-murid membaca ayat-ayat tersebut.
Guru juga akan mengajukan soalan kepada murid semasa bercerita untuk
menguji kefahaman mereka.Di samping itu mereka juga dapat menceritakan
perkara yang didengar menggunakan ayat yang mudah untuk mencapai objektif
pengajaran guru iaitu murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar
dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.
Langkah 2
Langkah kedua Rancangan Pengajaran harian guru ialah membimbing murid-murid
membaca ayat-ayat di dalam cerita dengan intonasi yang betul. Aktiviti bacaan ini
guru mulakan dengan membimbing murid-murid membaca cerita di dalam Big Book
dengan bimbingan guru. Semasa membaca beritahu murid-murid cara membaca dengan
menggunakan intonasi yang betul dengan mendengar bacaan guru. Membaca ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul melibatkan nada yang tidak mendatar, intonasi yang betul,
sebutan baku dan berhenti di tempat yang ada koma dan noktah. Kemudian guru menyuruh
mereka membaca beramai-ramai, secara kumpulan dan seterusnya secara individu. Guru
akan menyemak dan memerhatikan bacaan mereka. Objektif yang guru gariskan ialah murid
dapat membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan guru.
Setiap ayat dan suku kata yang terdapat dalam Big Book yang guru gunakan guru warnakan
suku katanya dengan warna yang berlainan. Ini adalah sebagai panduan untuk memudahkan
murid-murid membaca dan mengeja ayat-ayat di dalam cerita tersebut supaya lebih menarik.
Langkah 3
Pada langkah ketiga guru membimbing murid membanding dan membeza sifat dan
Langkah 3
Pada langkah ketiga guru membimbing murid membanding dan membeza sifat dan
sikap Arnab dan Kura-kura secara simulasi dalam kumpulan. Kaedah soal-jawab
boleh digunakan semasa membanding beza sifat Arnab dan Kura-kura.Daripada
soaljawab dan perbincangan suruh murid untuk menyebut banding beza sifat
kedua-dua binatang tersebut kemudian ajak mereka untuk melakonkan sifat
watak binatang yang terdapat di dalam cerita.Beri peluang kepada murid untuk
melakonkan watak Arnab, Kura-kura dan Sang Kancil dengan bimbingan guru.
Murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah mendapat bimbingan
guru sepertimana objektif yang sudah guru rancangkan untuk dicapai oleh murid.
Langkah 4
Pada langkah penutup, guru akan bertanya kepada murid berkenaan isi cerita dan
Pada langkah penutup, guru akan bertanya kepada murid berkenaan isi cerita dan
pembelajaran yang telah mereka perolehi pada hari ini. Kemudian, penerapan
nilai-nilai murni juga guru terapkan supaya mereka meneladaninya kelak.
Langkah 1
1. Guru bercerita kisah Arnab dengan Kura-kura dengan menggunakan Big Book.
Langkah 2
1. Guru membimbing kanak-kanak membaca ayat-ayat didalam cerita dengan intonasi yang
2. Guru membetulkan ejaan dan sebutan murid
Langkah 3
1. Guru membimbing murid membanding dan membeza sifat Arnab dan Kura-kura melalui
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI BAHASA (BERCERITA)
Set Induksi
1 .Guru mengemukakan soalan teka-teki dan murid meneka untuk mendapatkan
jawapan yang tepat.
1. Guru bercerita kisah Arnab dengan Kura-kura dengan menggunakan Big Book.
Langkah 2
1. Guru membimbing kanak-kanak membaca ayat-ayat didalam cerita dengan intonasi yang
betul secara kelas, kumpulan dan individu.
2. Guru membetulkan ejaan dan sebutan murid
Langkah 3
1. Guru membimbing murid membanding dan membeza sifat Arnab dan Kura-kura melalui
aktiviti lakonan.
Bahan Bantu Mengajar
Big Book
Topeng
Arnab, Kura-kura, Sang Kancil
Refleksi
Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izinNya kami
dapat melaksanakan Pengajaran Amali (Bercerita) ini dengan jayanya. Pengalaman
menyiapkan pengajaran amali ini amat bermakna dan bermanafat bagi kami.
Selain itu, melalui tugasan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
Selain itu, melalui tugasan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah terutama tentang bagaimana
mengendalikan aktiviti bahasa. Kebanyakan guru prasekolah menghadapi masalah
dalam merancang dan melaksanakan aktiviti bahasa, tetapi setelah melaksanakan
tugasan ini ia banyak memberikan pengalaman yang sangat berguna kepada kami.
Secara langsung pengetahuan ini dapat membantu menambahkan pengalaman kami
sebagai seorang guru prasekolah yang boleh mengendalikan aktiviti bahasa yang
bermakna dan menyeronokkan kanak-kanak.
Dalam menyiapkan tugasan ini, kami banyak mempelajari ilmu serta kemahiran-kemahiran
Dalam menyiapkan tugasan ini, kami banyak mempelajari ilmu serta kemahiran-kemahiran
baharu. Pengalaman menjalankan latihan amali ini banyak mengajar kami bagaimana
berhadapan dengan kanak-kanak yang pelbgai ragam.
Akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan amali ini dengan jayanya. Kami amat
Akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan amali ini dengan jayanya. Kami amat
berpuas hati atas gandingan hasil usaha kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami ingin
mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja
yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan kami ini.
Jadual Perlaksanaan Tugasan Kerja Kursus
NAMA PELAJAR | : MARENI BT SUHAILI ( 830329-13-5094 ) KHADIJAH BT AUT ( 721125-13-5962 ) REZAOMI BT REFF ( 840822-13-5118 ) FAUZANA FILZAH BT ABD ROPA ( 811024-13-5460 ) RAHIMAH BT MALIKI ( 811021-13-5078 ) |
KUMPULAN | : PPG USM (AMBILAN MAC 2011) |
SEMESTER | : SATU |
MATA PELAJARAN | : KPD 3016(PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN) |
PENSYARAH PEMBIMBING | : DR.ABG HUD BIN HJ. ANG ENGKEH |
TARIKH | PERKARA | TANDATANGAN PENSYARAH | TANDATANGAN GURU | CATATAN |
07 Mei 2011 | § Menerima penerangan tentang kerja kursus yang telah diberi melalui laman googlegroup § perbincangan tentang soalan tugasan § pemilihan kumpulan | Dr Abg. Hud | Kelas | |
11 Mei 2011 | § menganalisis soalan § mencari maklumat di perpustakaan | Pusat Sumber & internet | ||
12 Mei 2011 | § bekerjasama memproses maklumat § mencari maklumat tambahan | Perpus- takaan awam | ||
13 Mei 2011 | § mencari bahan dan mengadakan perbincangan. | Cyber cafe | ||
14 Mei 2011 | § berbincang tentang bahan-bahan yang dikumpul. | Cyber cafe | ||
16 Mei 2011 | · Memurnikan hasil tugasan | Cyber cafe | ||
18 Mei 2011 | · Menjalankan sesi pengajaran | SK.Agama Sri Aman |
Borang Rekod Kolaborasi Amali | ||||||
Kumpulan : PGG USM Ambilan Mac 2011 | Mata Pelajaran : KPD 3016 Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran | Nama Pelatih / No. KP /No Matrik | 1. Mareni Bt Suhaili PPG/30824/11 2. Khadijah Bt Aut PPG/30912/11 3. Rezaomi Bt Reff PPG/30913/11 4. Fauzana Filzah Bt Abd Ropa PPG/30883/11 5. Rahimah Bt Maliki PPG/30848/11 | |||
Bil | Tarikh | Perkara yang dibincangkan | Komen | Tandatangan Pensyarah / Pembimbing / Rakan Sekelas | ||
1. | 7 Mei 2011 | · Menerima soalan tugasan · Menubuhkan kumpulan. · Berbincang dengan pensyarah tentang tugasan. | Dapat dijalankan dengan lancar | |||
2. | 8 Mei 2011 | soalan | Dapat dilakukan dengan teratur. Timbul idea untuk menjalankan pengajaran amali | |||
3. | 14 Mei 2011 | pembahagian tugas. | Ahli kumpulan bersetuju membuat tugasan masing-masing. | |||
5. | 15 Mei 2011 | · Mencari bahan dan mengadakan perbincangan di Perpustakaan awam · Berbincang serta mengemaskini hasil kerja yang belum selesai. | Mendapat sedikit maklumat. | |||
6. | 18 Mei 2011 | tugasan | Dapat dijalankan lancar. |
BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN
BAHAN RUJUKAN BUKU
- Abd. Aziz Abd. Talib(1993).Menguji kemahiran Bahasa:Prinsip,Teknik dan Contoh :Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka
- Kamaruddin Hj. Husin(1996): Pedagogi Bahasa Perkaedahan:Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
- Kamaruddin Hj.Husin (2006) Pedagogi Bahasa:Selangor Darul Ehsan:Siri Pendidikan Longman
- Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983) : Ilmu Pendidikan :Pedagogi Kuala Lumpur:Heinemann Asia
Subscribe to:
Posts (Atom)